This week aku kena bt assignment tentang One Malaysia lacture mdm zakiah..huhu..soalan simple je..the announcement one Malaysia. good or bad for malaysia..
so,kat cni aku suka suki la nak criter kan skit tentnag One Malaysia..klu tidak sebelum nie aku ignore kan jer pasal One Malaysia...

konsep Satu Malaysia;
1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di
kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa
nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat
Malaysia. Ia bukan satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar
kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia merupakan
pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk
mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah
mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat
dan negara Malaysia.
Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang
akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020
tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh
setiap lapisan masyarakat.
Pengertian ini adalah berdasarkan hujah bahawa untuk mencapai
status negara maju sepertimana yang diilhamkan melalui
Wawasan 2020, syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang
kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyat nya
bersatu padu.
Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza
dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana
identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti
nasional yang sama.
Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip
Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di
Malaysia , dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang
patut dibanggakan.
1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat
berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum
yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan
saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.
Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk
semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua
kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan.
Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang
berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan
peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan
kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.
1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara.
Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih
dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan
antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila
perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan
dengan lebih lancar.

ASAS-ASAS 1MALAYSIA
• Perpaduan adalah pra-syarat dalam usaha merealisasikan
aspirasi negara iaitu mencapai status Negara Maju menjelang
tahun 2020.
• 1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara
• Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam
hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak
kemerdekaan dicapai. 1Malaysia bertujuan menyemarakkan
semula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan
rakyat Malaysia.
• Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan
terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap
penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan
yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan
negara akan berjalan dengan lebih lancar.
ASPEK - ASPEK UTAMA 1MALAYSIA
Konsep 1Malaysia digagaskan akan terlaksana dalam dua aspek utama
seperti berikut:
• Aspek Pertama – Penerapan Teras-Teras Perpaduan
Menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan
semua rakyat Malaysia. Teras perpaduan ini adalah komponenkomponen
asas yang menguatkan semangat bersatu padu di
kalangan rakyat berbilang kaum. Teras Perpaduan ini didokongi
oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia.
• Aspek Kedua – Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi
Nilai-nilai Aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1Malaysia ialah
nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik
yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju.
Nilai-nilai aspirasi akan membantu dalam mewujudkan tenaga
kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran
global dan ini seterusnya membantu melonjakkan kedudukan
ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap.